MP Dap Patut Belajar Bahasa Kebangsaan Sebelum Sibuk Ajar Orang Lain

SEKIJANG, 25 Feb – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap menyarankan Dap ‘menyekolahkan’ pemimpin mereka terlebih dahulu sebelum sibuk mencadangkan agar ahli UMNO menyertai kelas Bahasa Inggeris ini kerana, adalah amat memalukan apabila rakyat Negara ini khususnya seorang pemimpin tidak mahir di dalam bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan Negara ini.

Jelasnya, selaku seorang pemimpin yang lahir dan membesar di Negara ini seharusnya pemimpin Dap ini mahir di dalam bahasa kebangsaan.

20151121042159-1“Di dewan parlimen kita menggunakan bahasa kebangsaan ini tapi sayangnya ramai di kalangan pemimpin Dap gagal bercakap dengan baik dalam bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia adalah bahasa yang mana menjadi bahasa perantaraan dan hubungan antara kaum.

“Kebanyakan pemimpin Dap langsung tidak fasih berbahasa Melayu. Cukup sukar untuk memahami percakapan mereka, apatah lagi ‘menghadam’ putar-belit mereka. Walaupun sudah bertahun-tahun menjadi wakil rakyat, pemimpin Dap ini seakan-akan langsung tidak berusaha untuk menambaik-baik tahap penguasaan bahasa rasmi negara itu.

“Oleh itu mereka harus cermin diri mereka sebelum sibuk hal ahli UMNO. Memang kita tidak nafikan bahasa inggeris adalah bahasa kedua yang penting untuk ke peringkat antarabangsa tetapi kita harus mengutamakan bahasa kebangsaan kita dahulu,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Penasihat Dap, Lim Kit Siang yang menyarankan ahli UMNO agar mengikuti kelas bahasa Inggeris kerana didakwa salah tafsir kenyataannya di dalam bahasa inggeris.

Tambah Anuar, Dap sering melaungkan kononnya mereka adalah pendokong Perlembagaan Negara tetapi bahasa Malaysiapun mereka gagal kuasai.

“Dap sering memperlihatkan keburukan orang lain dimata rakyat, mereka mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya ahli UMNO buta bahasa inggeris tetapi ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

“Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan dan telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Kefasihan rakyat atau warganegara dalam perbualan dan ucapan menunjukan bahawa mereka menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Inipun mereka gagal, sibuk pula mahu mengata orang lain,” katanya lagi.