Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(): Failed opening '1' for inclusion (include_path='.:/opt/alt/php56/usr/share/pear:/opt/alt/php56/usr/share/php') in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63
Kurangkan Impak Terhadap Ekonomi – UMNO JOHOR

Kurangkan Impak Terhadap Ekonomi

LABIS 24 Feb. – Langkah kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung terhadap sektor minyak semata-mata mampu mengurangkan kesan kejatuhan harga bahan bakar itu terhadap ekonomi negara.

image-1Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, sekiranya kerajaan tidak mempelbagaikan sumber, pasti impak kejatuhan dalam sektor berkenaan mungkin lebih besar terhadap ekonomi semasa.

Beliau berkata, selain langkah tersebut, program transformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak tahun 2009 juga antara penyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negara masih berada dalam keadaan positif seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

“Rizab antarabangsa kita ketika ini masih melebihi AS$90 bilion (RM378.74 bilion) dan tidak menurun selain akaun semasa negara masih lagi berada pada paras positif dan bukannya defisit seperti yang diramalkan oleh banyak pakar kewangan sebelum ini.

“Ini bermakna permintaan terhadap ringgit bagi sektor eksport, import serta pelancongan masih lagi baik dan disebabkan itu akaun semasa negara perlu berada dalam keadaan berlebihan atau positif agar kadar mata wang negara terus mengukuh,” katanya berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan dan Keusahawanan Labis di Taman Chaah Jaya, dekat sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labis berkata, kebanyakan negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi menghadapi isu yang serius kerana terpaksa mengeluarkan 10 juta tong minyak sehari berbanding negara sebanyak 600,000 tong sehari.

Menurutnya, dalam masa lima tahun akan datang Arab Saudi berkemungkinan akan mengalami bankrap jika tidak mempelbagaikan ekonomi mereka.- Utusan