Kenalpasti Kekuatan, Kelemahan, Seterusnya Susun Strategi Hadapi PRU14

JOHOR BAHRU, 24 Feb – Siri lawatan kerja berjumpa jentera Penerangan UMNO Negeri dan Bahagian yang dilakukan Tan Sri Annuar Musa selepas dilantik Ketua Penerangan baru-baru ini ialah  bagi mengenal pasti kelemahan parti di akar umbi dan mendengar , mendapatkan pandangan dan idea daripada jentera akar umbi di setiap bahagian dan negeriUjarnya, segala pandangan , nasihat dan cadangan akan saya kemukakan di dalam Mesyuarat MT akan datang bagi menyusun strategi seterusnya bagi menghadapi PRU14.

photo5329805762478095

“Sebab itulah saya mengadakan siri lawatan ke negeri-negeri untuk bertemu jentera Penerangan Bahagian dan negeri. Lantikan saya sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia bukanlah sesuatu yang baru.

Saya telah berjuang di dalam UMNO selama lebih kurang 30 tahun. Kerja-kerja parti sudah menjadi kebiasaan saya. Cuma bezanya kali ini adalah amanah dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan sesuai dengan lantikan ini,” ujarnya selepas mengadakan pertemuan dengan Jentera Penerangan UMNO Johor dalam Program “Mendepani Cabaran Isu-Isu Semasa bersama warga Penerangan UMNO Johor”.

Beliau turut menzahirkan perasaan bangga dengan kesiap-siagaan jentera Penerangan UMNO Johor dan dalam masa yang sama gerak kerja UMNO Johor dibawah tadbir urus Dato’ Khaled Nordin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor.

“Perjumpaan hari ini , kita tertumpu kepada strategi mengekalkan kuasa UMNO dan BN dan terus seiring bergerak ke hadapan. Lebih penting ialah kita hendaklah terus berhidmat dan membantu rakyat yang telah memberi kepercayaan mereka dengan mengundi UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU yang lalu,” tambahnya.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Latif Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Mersing, Datuk Samsol Bari Jamali, Ketua Penerangan UMNO Johor, Ketua-Ketua Pergerakan sayap-sayap UMNO Johor, Ketua-ketua Bahagian dan jentera Penerangan UMNO bahagian dalam negeri Johor.