Pemuda UMNO Johor Dokong Dan Sokong Gagasan #JohorBerkemajuan

JOHOR BAHRU, 23 Feb –  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyambut baik Gagasan Johor Berkemajuan yang diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun 2016 baru-baru ini.

20160222202703Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, Gagasan Johor Berkemajuan ini adalah gagasan terbaik dan seimbang. Pengisiannya seimbang lengkap dan menyeluruh dari segi material, infrastruktur , asas-asas pembangunan yang diperlukan untuk sesebuah negera mahupun negeri maju.

“Ini sangat berbeza dengan sikap retorik pembangkang yang sentiasa berjanji kosong dan menggunakan rakyat dalam setiap kepentingan mereka dalam mencapai cita-cita pembangkang merampas dan mentadbir Johor. Hakikatnya, mereka hanya beretorik dengan laungan “Demi Rakyat”.”

“Kita sendiri sebagai rakyat negeri Johor dapat melihat kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam menyusun perancangan bagi memastikan Johor Berkemajuan dapat dicapai dan memberi manfaat kepada seluruh akyat negeri Johor,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Tenggara.

Terdahulu, Kerajaan Negeri memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan sebagai suatu pendekatan mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Bangsa Johor secara inklusif.

Gagasan berkenaan menjadi antara tiga agenda baru pembangunan negeri ini.