TownHall Menjaga Bangunan Warisan Demi Generasi Akan Datang

KLUANG, 22 Feb – Bagi mengekalkan dan memulihara bangunan warisan untuk tatapan dan penghayatan generasi akan datang serta menjana aktiviti perniagaan di koridor warisan, maka satu bentuk rancangan pemajuan yang dinamakan TownHall telah diadakan baru-baru ini di Kluang.

12744076_1030402086998820_1145953781536859323_nMenurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi merangkap ADUN Kawasan Mahkota, Md. Jais Bin Sarday, TownHall in adalah bertujuan utnuk merancang Bandar Kluang bagi mengekal dan memelihara bangunan warisan serta menjadikan Bandar Kluang sebuah Bandar yang sihat dan selamat.

“Program ini merupakan satu bentuk rancangan pemajuan terhadap suatu kawasan yang dipilih secara khusus bagi tujuan perancangan dan pembangunan. Saya amat bersyukur kerana mendapat sokongan daripada orang ramai terhadap rancangan ini.

“Rancangan ini akan melalui dua fasa dan fasa pertama dijangka siap pada tahun 2020, seterusnya fasa ke dua dijangka siap pada 2025. Tetapi sekiranya kita mendapat kerjasama daripada semua tuan punya kedai maka kemungkinan besar akan siap lebih awal,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Jais, rancangan kawasan khas Bandar Kluang ini adalah demi masa hadapan anak cucu-cicit Kluang sekaligus menjana aktiviti perniagaan.

Dengan cara ini, pendapatan para peniaga juga boleh ditingkatkan dengan lebih baik.