Bengkel Pengurusan Jenazah Dun Bukit Permai Dapat Sambutan Menggalakkan- Ali Mazat

KULAI, 21 Feb 2016 – Bengkel Pengurusan Jenazah anjuran JPMM Dun Bukit Permai dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Daerah Kulai yang diadakan di Surau Umar Abd Azizi, Bandar Putra Kulai telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

20160220202826Seramai 100 orang peserta telah mendaftar pada peringkat awal dan ianya betambah pada saat-saat akhir menjadikan jumlah penyertaan seramai 200 orang.

ADUN Bukit Permai, YB Ali Mazat Salleh berkata, peserta yang hadir terdiri daripada ahli-ahli daripada beberapa NGO setempat seperti HELWA , Wanita UMNO , GPW Felda Taib Andak dan juga individu – individu yang duduk sekitar kawasan Bandar Putra.

“Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada YPKDT Daerah Kulai yang terlah bekerjasama dengan saya untuk mengadakan bengkel sebegini, Saya berhasrat akan mengadakannya lagi di kawasan -kawasan lain di dalam Dun Bukit Permai,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut.

Beliau bercadang untuk mengadakan Bengkel sebegini sebagai program tahunan kerana ianya sangat memberi manfaat dan mendapat sambutan menggalakkan.

“Bengkel sebegini juga dapat menampilkan lebih ramai individu atau kumpulan masyarakat yang dapat tampil kehadapan untuk menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah ini dan tidak hanya bergantung kepada orang tertentu sahaja di dalam urusan pengurusan jenazah tanpa mengira fahaman politik.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan alhamdulillah sambutan yang diberikan adalah diluar jangkaan saya,” ujarnya lagi.