Puteri Johor Bahru Anjur Program ‘Iktiraf Saya Mahir’

JOHOR BAHRU, 19 Feb – Ketua Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru, Datin Azura Mohd Afandi berkata, Biro Pendidikan, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di bawah jenama Kembara Ilmu akan melaksanakan Program Iktiraf Saya Mahir pada 20 Februari ini bagi memberi kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

12717588_963873246983973_258814255326832412_nJelasnya, program ini adalah sebuah program yang mensasarkan untuk membantu golongan masyarakat negara ini khususnya mereka yang tidak mempunyai apa-apa kelayakan akademik tetapi mempunyai pengalaman kerja yang cukup bagi di iktiraf sebagai Pekerja Mahir.

“Program ini diasaskan dengan mengambil konsep Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang di laksanakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kolej Ibnu Hayyan yang bertindak sebagai fasilitator dan penyelaras bersama bagi melaksanakan usaha murni ini.

“Kami mensasarkan untuk membantu seramai 1,000 orang ahli Puteri UMNO khususnya dan semua rakyat Malaysia amnya yang berusia 17 tahun dan ke atas lelaki dan wanita untuk dipersijilkan mengikut bidang masing-masing.

“Program ini diharapkan dapat memberi faedah kepada lebih ramai masyarakat dengan memberi peluang kedua kepada mereka bagi mendapat pengiktirafan daripada Persijilan yang diiktiraf dan seterusnya dapat membantu mereka dalam peningkatan kerjaya,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah beliau, menyedari keadaan ekonomi yang lembab sekarang ini serta peningkatan kos sara hidup, maka mereka yang kurang daripada segi akedemik haruslah mempunyai skill tertentu bagi membantu meringankan beban sara hidup.

Azura berharap program ini kelak akan menjadi satu program yang berterusan demi membantu golongan muda.