Program “Satu Bulan Satu Juzuk Al Quran” Mudahkan Wanita UMNO Dekati Pengundi- Zarina

TANJUNG PIAI, 18 Feb – Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Piai telah menganjurkan “Satu Bulan Satu Juzuk Al Quran” baru-baru ini, yang merupakan salah satu gerakkerja Wanita UMNO dalam mendekati ahli-ahli UMNO dan pengundi di kampung-kampung dan ahli UMNO di setiap PDM.

tadarus tanjung piaiKetuanya, Zarina Mohamed Bain berkata, program ini mendapat sambutan menggalakkan dan ianya tidak memerlukan modal yang besar

“Program Tadarus Al-Quran ini mendapat impak yang besar apabila sambutannya amat menggalakkan dan biasanya setiap kali program kehadiran mencecah sehingga 40 – 80 orang.

“Pengerusi Jalinan Rakyat setiap PDM akan diberi tanggungjawab menguruskan setiap program di PDM masing dan saya meletakkan jumlah kehadiran di setiap program sebagai KPI mereka. Insya-Allah akan diadakan Majlis Khatam Perdana pada bulan Mac nanti bagi menghargai ahli jawatankuasa dan peserta-peserta yang telah sama – sama menjayakan program ini,” ujarnya.

Tambahnya, selain mendekati ahli UMNO, masyarakat dan pengundi, Wanita UMNO juga berjaya menambah ahli UMNO dan pengundi di setiap PDM. Kami juga mengambil kesempatan bersembang dengan mereka menerangkan dan menjelaskan berkaitan isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan.

“Program berbentuk keagamaan adalah cara terbaik untuk menarik masyarakat mendekati UMNO dan ianya terbukti melalui Program “Satu Bulan Satu Juzuk” ini. Semoga bumi Tanjung Piai dilimpahi rahmat dengan program ini,” tambahnya lagi.