Tabung Haji : Adil Terima Berita Dan Jangan Cepat Melatah – Shamsol Bari

JOHOR BAHRU 12 Feb – Rakyat disaran bersikap adil dalam menerima sesuatu bahan atau berita yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu kerana dikhutiri bukan sahaja boleh menimbulkan kecelaruan malah jauh lebih daripada itu ianya tidak tepat dengan senario sebenar.

Mengambil contoh terhadap apa yang berlaku kepada Tabung Haji yang diserang olah pelbagai pihak dengan dakwaaan serta tohmahan yang tidak berasas, akhirnya institusi Islam itu mengenpikan tohmahan terbabit dengan melunaskan pembayaran bonus kepada pemegang deposit dan senario berkenaan seharusnya menjadi pengajaran yang amat bermakna.diari-dato-samsul-bari

Bagi Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsolbari Jamali itulah sebabnya masyarakat perlu adil dan tidak mudah terperangkap dnegan segala tohmahan serta berita yang disebarkan oleh sesetengah pihak.

Katanya kadangkala bahan yang disebarkan itu bukan sahaja tidak tepat malah jauh lebih menyelweng daripada fakta yang sebenarnya dan perkara itu seharusnya tidak berlaku apatah lagi dalam situasui yang menuntut kepada pertimbangan sebaik mungkin.

“Sebab itu kata kuncinya adalah bersikap adil…jangan hanya main terima sahaja dan kemudian sebarkan pula. Cuba lihat bagaimana Tabung Haji ditohmah. Macam-macam yang kita dengar dan macam yang dilontarkan.

“Akhirnya semua sedia maklum Tabung Haji mengenepikan segala tohmahan tersebut dengan mengumumkan pembayaran bonus kepada pendepositnya secara kesleuruhan sebanyak 8 peratus.

“Alhamdulillah…dan bukankah itu satu pengajaran kepada kita semua…Janganlah cepat melatah,“ katanya di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut Samsolbari yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semarang seterusnya menambah begitu juga dalam perkara-perkara lain yang disebarkan oleh mereka-mereka yang ingin mencari keuntungan politik semata-mata.

“Tidak terhad kepada Tabung Haji sahaja…Begitu jugalah dengan perkara-perkara lain. Deretan fitnah dan deratan tohmahan memerlukan kita seadiladilnya dalam membuat penilaian sebaik mungkin,‘katanya.