Penubuhan Skuad Bencana Ledang Dialu-Alukan – Sahrihan

LEDANG, 12 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Ledang menyambut baik dan mengalu-alukan penubuhan Skuad Bencana Ledang yang terdiri daripada anak-anak muda dan sukarelawan lain di dalam parlimen berkenaan.

12670146_10201457597798333_6669721071927323023_nKetua Pemudanya, Sahrihan Jani berkata, penubuhan skuad tersebut tepat pada masanya untuk menunjukkn kepada masyarakat bahawa UMNO sentiasa mengamalkan politik khidmat bakti dan memahami denyut nadi kesusahahn rakyat

“Skuad ini yang ditugaskan untuk membantu mangsa bencana samada banjir, kebakaran mangsa ribut dan sebagainya lagi adalah satu manfaat yang amat berguna kepada masyarakat di kawasan ini.

“Dan Inisiatif yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Ledang, YB Datuk Ir Haji Hamim Bin Samuri tepat pada masanya kerana ini adalah sebagai persediaan awal dalam usaha menyalurkan bantuan sewajarnya kepada mereka yang ditimpa bencana.

“Dalam kejadian banjir di Daerah Tangkak kali ini seramai lebih 26 keluarga telah dipindahkn dan Ahli Parlimen serta kepimpinan UMNO Bahagian telah menggerakkan bantuan segera bg memastikan kebajikan mangsa banjir sentiasa menjadi keutamaan,” katanya kepada UMNO-Johor.

Sambil merakamkan penghargaan ke atas penubuhan skuad bencana parlimen Ledang ini, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Johor seterusnya melahirkn tekad dan komitmen untuk bersama-sama dengan kepimpinan bahagian dalam memastikan nasib mangsa bencana terbela.

“Dan Skuad Bencana Parlimen Ledang yang terdiri daripada anak-anak muda setempat dan pelbagai sukarelawan lain selama dua hari telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan rumah-rumah mangsa banjir dalam Parlimen Ledang,” katanya.