Persepsi Negatif Terhadap TPPA Usaha Burukkan Kerajaan – Norshida

IMG_6135-1024x682JOHOR BAHRU, 11 FEB – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Yb Norshida Ibrahim melihat tindak tanduk pembangkang yang terus menerus memburukkan TPPA adalah sekadar untuk mencari keuntungan politik semata-mata.

Malah kata beliau lagi perhimpunan membantah TPPA sebelum ini juga dilihat  sekadar mahu menunjuk-nunjuk dan bukannya mahu mencari isi serta memahami kandungan perjanjian dengan mendalam dan secara teliti.

“Kita melihat mereka-mereka ini sekadar untuk menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap kerajaan dengan penyertaan negara menerusi perjanjian tersebut. Bukankah kerajaan telah menerangkan secara panjang lebar manfaat yang akan kita perolehi.

“Malah agensi-agensi yang berkaitan juga bertungkus lumus dalam menyediakan kefahaman yang jitu kepada semua pihak teramsuk dikalangan parti pembangkang sendiri dan sewajarnya perlu dilihat secara menyeluruh dan bukannya dalam ruang lingkup yang tersendiri,” katanya kepada UMNO-Johor.

Noorshida seterusnya menegaskan pihak kerajaan dilihat amat terbuka dan cukup luas memberikan peluang serta ruang kepada wakil pembangkang dengan membawa perkara tersebut ke Parlimen sebelum ini.

Tegas beliau bukankah itu memperlihatkan keseriusan serta keterbukaan kerajaan dalam meneliti perkara berkenaan sebelum negara melangkah masuk bersama negara-negara yang lain menerusi perjanjian TPPA.

“Saya yakin TPPA sepertimana yang dijelaskan oleh kerajaan sebelum ini ianya adalah untuk kepentingan negara dan juga rakyat secara keseluruhannya. Jadi kepada mana-mana pihak khususnya pembangkang cukup-cukuplah melontarkan persepsi negatif kepada usaha kerajaan.

“Berpolitiklah dengan matang…dan janganlah ghairah mencari keuntungan politik semata-mata. Sewajarnya berganding bahu bersama-sama demi pembangunan negara dan manfaat secara holistik untuk rakyat,“ katanya.