Gagasan Johor Berkemajuan Demi Masa Hadapan Anak Bangsa

JOHOR BAHRU, 9 Feb – Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Sahrihan Jani berkata, gagasan Johor Berkemajuan yang diilhamkan oleh Menteri Besar adalah bersifat dinamik dan berketerankuman demi melihat bangsa Johor terus mengorak langkah sebagai sebuah bangsa yang terus maju secara inklusif.

Jelasnya, tiga agenda besar yang digariskan dalam amanat Menteri Besar benar-benar realistik kerana cabaran masa kini dan akan datang sudah pasti mencabar yang mana bangsa Johor ini perlu brgerak dalam satu landasan yang betul dan mmpunyai hala tuju yang cukup jelas.

20160208071320“Kesungguhan kerajaan Negeri dalam mengekalkan prestasi kewangan yang membanggakan ini juga dapat dilihat apabila penerokaan terhadap naratif ekonomi baru dengan penumpuan kepada industri kreatif keusahawanan dan inovasi benar-benar menepati aspirasi anak muda johor yang sentiasa memburu kecemerlangan dan dahagakan peningkatan taraf hidup mereka.

“Apatah lagi agenda ini turut dilengkapkan dengan empat saranan kepada kerajaan dan penjawat awam yang merupakan tunggak kepada kejayaan Gagasan Johor Berkemajuan ini.

“Justeru itu, Pemuda UMNO Johor menyeru segenap lapisan masyakat dalam negeri ini untuk bersedia berhadapan dengan hakikat pembaharuan yang bakal menuntut kepada perubahan sikap, gaya pemikiran dan tindakan agar cita-cita murni yang digagaskn dalam Johor Berkemajuan tidak sekadar menjadi retorik malah disambut dengan penuh rasa teruja dan terbuka berserta dengan perubahan dan pembaharuan kendiri,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah sahrihan, cita-cita untuk menjadi sebuah bangsa yang maju secara inklusif ini menuntut kepada kesungguhan setiap individu yang bergelar bangsa Johor untuk merealisasikannya secara bersama.

Oleh itu, semua pihak harus bersatu dan menjadikan ilham ini sebagai satu kenyataan.

Baru-baru ini Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memperkenalkan gagasan Johor Berkemajuan sebagai instrumen mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Bangsa Johor yang inklusif pada masa hadapan.

Gagasan itu merupakan satu dari tiga agenda utama baharu pembangunan negeri itu. Dua lagi agenda penting merangkumi gagasan pertumbuhan ekonomi baharu dan penambahan baik fungsi serta peranan kerajaan.