Ali Mazat Sambut Baik Gagasan Johor Berkemajuan

JOHOR BAHRU, 5 FEB – Langkah kerajaan negeri memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan dilihat sebagai langkah tepat dalam usaha meneruskan pembangunan Johor yang inklusif bagi mendepani cabaran ketidaktentuan ekonomi global bg tahun 2016.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, YB Ali Mazat Salleh berkata gagasan berkenaan yang merangkumi tiga agenda utama amat penting untuk difahami dan disambut oleh semua pihak terutama pemimpin, kakitangan kerajaan dan semua agensi perlaksana termasuk anak syarikat kerajaan negeri dan pihak swasta di negeri Johor.

20160204210643-1Menurut beliau usaha tesebut memperlihatkan bagaimana sensitif dan inovatif nya kerajaan negeri di bawah pentadbiran teraju Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat, merancang dan melakukan “adjustment” bagi menghadapi cabaran ekonomi semasa demi kebaikan rakyat negeri Johor.

“Semua orang khususnya agensi pentadbiran perlu sambut gagasan ini dengan segera dan sudah tentunya penglibatan semua pihak amat perlu bagi menjamin kesinambungan perancangan pembangunan kerajaan negeri dapat terlaksana.”

“Kita perlu sama-sama bergerak ke depan dan berganding bahu kerana muafakat adalah kata kunci kepada mana-mana kejayaan. Jadi tidak dapat tidak sama-samalah kita menjayakan apa yang telah digagaskan oleh kerajaan negeri hari ini untuk manfaat rakyat Johor,“ katanya.

Kerajaan negeri Johor hari ini memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan sebagai instrumen bagi memastikan kesinambungan pembangunan Bangsa Johor yang inklusif pada masa hadapan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Johor memerlukan naratif baru bagi memacu pertumbuhan ekonominya.

Manakala dua lagi agenda penting ialah mewujudkan masyarakat johor yang bertanggungjawab kepada diri keluarga agama dan masyarakat dgn pemikiran yang maju dan penambahbaikan terhadap fungsi dan peranan kerajaan.

Ali Mazat seterusnya menambah pembangunan secara menyeluruh amat penting dan sewajarnya semua pihak sama-sama memandang ke depan.

“Muafakat dan kebersamaan dgn pemikiran yang maju dan kebertanggungjawaban serta perlaksanaan dasar yg efektif adalah kunci untuk mewujudkan Bangsa Johor yang maju dan makmur. Semoga gagasan yang dibentangkan oleh YAB MB ini dapat disambut dan diterjemahkan bagi memastikan impian seluruh rakyat Johor akan tercapai” katanya.