Serangan Terhadap Tabung Haji Skrip Lama Pembangkang

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang kesal dengan pelbagai serangan terhadap intitusi umat Islam di negara ini seperti Tabung Haji serta Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YAPeIM kerana akhirnya bakal merugikan umat Islam itu sendiri.

20160127232708Menurut beliau pelbagai tohmahan dan bahan berkaitan yang disebarkan menerusi media sosial oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk kalangan parti pembangkang bukan sahaja tidak tepat malah langsung terpesong daripada fakta yang sebenarnya.

“Amat malang apabila maklumat-maklumat yang disebarkan itu amat mudah dipercayai oleh umat Islam sendiri. Sepatutnya kita kena semak betul-betul serta pastikan kesahihan berita berkenaan. Lihat pula penjelasan yang diberikan oleh pihak yang terlibat.

“Janganlah kita main terima sahaja kerana apa yang kita bimbangkan adalah akhirnya akan merugikan umat Islam itu sendiri. Bukankah Tabung Haji antara yang terbaik dan diakui oleh pelbagai pihak dalam pengurusan kewangan.

“Saya percaya dan ianya amat berkait dengan tujuan pihak tertentu yang mahu memburukkan kerajaan demi mendapat keuntungan politik semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Tabung Haji jana pendapatan untuk umat Islam yang melabur menerusi institusi terbabit…pembangkang pula jana tohmahan,” katanya di sini, hari ini.

Serentak itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram menyeru kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama pertahankan institusi yang telah banyak jasanya kepada masyarakat Islam.

Soal beliau kenapakah hanya gara-gara terdapat khabar angin dan maklumat yang tidak sahih mengenai institusi tersebut umat Islam cepat melatah dan mengambil keputusan yang tidak sepatutnya.

“Itulah yang kita harapkan…jangan kita sama sekali terperangkap dengan mainan pihak-pihak tertentu yang cuba memburukkan institusi berkenaan. Seba itu saya katakan tadi apa yang menimpa Tabung haji hari ini sepertimana YAPeIM yang sebelum ini ditohmah dnegan macam-macam. Selidiklah dengan terperinci,” katanya.-

Tabung Haji menjadi sasaran pelbagai spekulasi dalam laman sosial dan blog sejak beberapa hari ini mengenai tarikh pembayaran Bonus Pendeposit TH 2015 dan surat Bank Negara Malaysia (BNM).

Namun Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilapor berkata serangan yang dibuat terhadap Tabung Haji adalah disebabkan pemimpin pembangkang tidak berkeupayaan untuk menyerang dirinya secara individu.

Serentak itu, beliau juga memberi jaminan akan memberikan dividen kepada semua pendepositnya mereka sebelum sambutan Tahun Baru Cina pada awal Februari depan.