UMNO Kluang Bantu Ringankan Beban Mangsa Kebakaran

12592220_949212041827497_7095477931219955140_n-1

KLUANG, 26 Jan – Timbalan Ketua UMNO bahagian Kluang, Halim Md Amin, menziarahi dan menyampaikan sumbangan bagi pihak UMNO Bhg Kluang kepada saudara Mohd Faizal dan keluarganya, yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini di Taman Sri Impian. Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga ini. Turut bersama dalam ziarah tersebut ialah  Tuan Hj Azman Miskam (Biro Kebajikan) dan saudara Norzam Mohd Amin (Ketua Penerangan Pemuda Kluang).