Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor,Taman Daiman Jaya Kota Tinggi

12644677_1006492842748362_6431874208589570153_n

KOTA TINGGI, 24 Jan –  Datuk Seri Khaled Nordin menyaksikan model rumah Taman Daiman Jaya selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Johor,Taman Daiman Jaya Kota Tinggi.  Sebanyak 233 unit rumah berharga RM42,000 bakal dibina disini untuk fasa pertama membabitkan keluasan kira-kira 6.07 hektar dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang. Ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1500 unit Rumah Mampu Milik Johor yang akan dibangunkan secara berperingkat di Taman Daiman Jaya membabitkan tiga fasa pembinaan.