Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(): Failed opening '1' for inclusion (include_path='.:/opt/alt/php56/usr/share/pear:/opt/alt/php56/usr/share/php') in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63
Bekas askar terima Pingat Jasa Malaysia – UMNO JOHOR

Bekas askar terima Pingat Jasa Malaysia

JOHOR BAHRU 30 Dis. – Seramai 200 bekas anggota tentera lain-lain pangkat daripada pelbagai unit dipilih menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) atas pengorbanan dan sumbang bakti mereka kepada negara.

image-1Majlis Pengurniaan PJM anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Johor Bahru itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Amran Abd. Rahman selaku wakil rasmi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Johor Bahru semalam.

Yang Dipertua PVATM Johor, Ibrahim Yahaya berkata, penerima yang dipilih termasuk 15 balu tentera dan dua anggota yang menghidap penyakit kronik yang telah berkhidmat dan pencen sejak 1965 hingga 1989.

“Hampir kesemua penerima pingat ini berumur lebih 55 tahun dan pernah berkhidmat dalam pelbagai operasi tentera darat, udara dan laut serta membantu mempertahankan kedaulatan negara,” katanya.

Penyampaian pingat tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Datuk Mohd. Noor Daud dan turut dihadiri Pengarah JHEV ATM negeri, Mejar Aziz Kasmuri dan Ketua PVATM Cawangan Johor Bahru, Mohd. Karim Wagiman.

Ibrahim berkata, PVATM negeri hingga kini mempunyai lebih 13,000 ahli, namun pihaknya menyasarkan penambahan kerana masih ramai bekas tentera yang belum mendaftar sebagai ahli.

Menurutnya, adalah penting untuk bekas tentera terutamanya mereka yang sudah pencen menjadi ahli PVATM kerana pelbagai faedah dan kemudahan disediakan termasuk sumbangan kutipan Hari Pahlawan, bantuan mengerjakan haji dan hari raya, sumbangan bencana alam dan perubatan.

“Justeru, saya menyeru supaya bekas tentera di negeri ini dapat mendaftarkan diri sebagai ahli PVATM seterusnya berharap pihak kerajaan dapat menambah jumlah bantuan daripada RM100,000 kepada RM200,000,” katanya.

Sementara itu, seorang penerimanya, Kamdani Mohd. Asnan, 62, berkata, banyak pengalaman pahit dan manis dialaminya sepanjang berkhidmat sebagai Bentara Muda dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakannya hingga kini, dia yang berkhidmat selama 14 tahun (1971 hingga 1985) ialah ketika mengawal perairan negara daripada dimasuki pelarian Vietnam pada tahun 1976 dan 1977.

“Sedih dan tersentuh hati apabila melihat pelarian yang dalam keadaan yang begitu naif dan kelaparan terutamanya anak-anak kecil dan wanita yang hanyut dalam bot yang penuh sesak.

“Tidak kurang juga dengan ancaman berani mati nelayan negara jiran yang sanggup membuang jaring bernilai puluhan ibu ringgit serta merempuh kapal tentera ketika menceroboh di kawasan perairan negara,” kata bapa kepada lima orang anak yang kini menetap di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.- Utusan