Budaya Menziarahi Dapat Mendekati Dan Mendengar Suara Hati Rakyat

Tenggara,  25 Dis- Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara menerusi Biro Pendidikan Dan Biro Mahasiswa telah mengambil pendekatan  menyerahkan sumbangan bantuan persekolahan kepada 99 penerima dari 33 cawangan pemuda dalam Bahagian Tenggara. Sumbangan ini diberi terus ke rumah – rumah penerima.

“Budaya ziarah ini perlu dipraktikkan oleh UMNO untuk lebih dekat dan merasai suara hati rakyat dalam menggarap pembangunan pro rakyat.

unnamedSuara hati rakyat ini kerajaan yang berasaskan pencapaian dapat dikecapi dan dapat menarik lebih ramai golongan anak muda untuk turut terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan, ”ujarnya selepas Program Penyerahan Beg Sekolah Dan Alat Tulis Kepada Penerima Dalam Bahagian Tenggara.

Turut sama dalam program ini adalah Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Sementara itu, Fadzilul Khair, Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara berharap bantuan ini dapat memberi persediaan kepada adik – adik menghadapi sesi persekolahan akan datang dan sedikit sebanyak dapat memberi semangat untuk mereka agar lebih kuat menuntut ileum.

“Kita sebagai murid perlu sentiasa menghormati para ilmuwan (guru) agar ilmu berkat berada dalam naluri kita,”beliau berkata demikian selepas penyerahan bantuan persekolahan kepada 99 penerima yang melibatkan 33 cawangan pemuda dalam bahagian Tenggara di sini.

Turut sama dalam program ini adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Sdra.Manndzri Bin Hj Nasib serta ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Saudara Manndzri turut mewakili Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, Hahasrin Hashim menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Bandar Tenggara (PEYARA).

Program Kembali Ke Sekolah merupakan program tahunan anjuran Biro Pendidikan Dan Biro Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.

Objektif utama program ini adalah memberi bantuan sebagai persediaan kepada pelajar yang menghadapi alam persekolahan. Menerusi program pada kali ini menjanjikan kelainan dengan mengambil pendekatan menyerahkan bantuan secara terus kepada penerima dari rumah ke rumah.

Pendekatan ini dapat memperkasakan budaya ziarah menziarahi terutama dalam kalangan ahli UMNO dalam menghadapi cabaran politik baru masa kini terutama untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap UMNO.