Pemuda UMNO Johor Nafi Penglibatan Poster Tidak Bertanggungjawab- Hahasrin

JOHOR BAHRU, 7 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini menafikan sebarang penglibatan dan mengecam penyebaran poster yang memaparkan wakil pembahas Pemuda UMNO Johor dari Pagoh dan Pontian hari ini.

12341383_10153841136260854_399048067198201856_nKetua Pemudanya, Hahasrin Hashim berkata, poster tersebut meminta perwakilan menimbulkan keadaan yang tidak stabil dan tidak terkawal apabila wakil Pemuda UMNO Johor berucap dalam Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 9hb Disember 2015 akan datang

“Pemuda UMNO Johor meminta orang yang tidak bertanggungjawab tersebut untuk tampil bagi memohon maaf kepada semua khususnya kepada perwakilan dan ahli Pemuda UMNO Malaysia

Sesungguhnya cara sebegitu bukanlah cara kami Bangsa Johor. Bangsa Johor penuh dengan adab sopan dan tatasusila yang tinggi dalam kami berjuang untuk rakyat juga parti UMNO,” ujarnya dalam satu kenyataan melalui Facebooknya hari ini.

Tambahnya, Pemuda UMNO Johor sangat komited untuk melihat bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan dan berjalan lancar serta memberi impak yang positif ke atas kelangsungan perjuangan memartabatkan Bangsa, Agama Islam dan Negara Malaysia