Gunakan Kematangan Tapis Maklumat Demi Perkukuh Parti – Shamsol Bari

AYER HITAM, 7 Dis – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Shamsol Bari Jamali melihat kematangan di dalam parti cukup luas termasuklah dalam soal menapis serta meneliti segala maklumat yang pelbagai terhadap parti daripada pelbagai pihak.

20151207063302Menurut beliau bagaimana segala maklumat berkenaan diteliti dan diperhalusi agar ianya tidak terperangkap dengan mainan pihak-pihak yang ingin melihat permuafakatan dan kekuatan UMNO terjejas.

“Asas kepada kekuatan parti adalah permuafakatan…hancur muafakat hancurlah parti dan itulah yang kita kena beri penekanan dan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015 ini ambillah ianya untuk kita sama-sama bersatu di dalam parti dengan menunjukkan kekuatan kesepaduan ikita bersama.

“Bercakap soal kematangan…ini bagi saya cukup luas….bagaimana kita mahu terjemahkan kematangan berkenaan termasuklah dalam soal penerimaan terhadap berita serta pelbagai dakyah oleh pihak lawan. Itu juga kematangan yang perlu diberikan tumpuan sebenarnya.

“Gunakanlah kemudahan yang ada di sekeliling kita untuk menapis segala maklumat tersebut. Jangan hanya main terima sahaja kerana menjelang Perhimpunan Agung nanti akan timbul pelbagai cerita. Di situlah kita perlu menggunakan kematangan kita untuk parti,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah walaupun pilihan raya umum ke-14 nampak masih jauh, beliau berpandangan soal berkenaan janganlah diambil mudah kerana jika dihitung ianya tidaklah terlalu lama.

Katanya jangan beranggapan pilihan raya itu masih jauh dan fokus kepada gerakan yang sepatutnya tidak menjadi persoalan dan perhatian utama oleh ahli parti.

“Jangan ingat pilihan raya masih jauh dan kita masing-masing berpeluk tubuh. Cuba hitung secara mendalam saya kira tidaklah jauh sangat pun dan inilah masanya untuk kita sama-sama meneliti dan mengambil langkah perlu untuk berdepan nanti.

“Rasanya tidak salah untuk kita sama-sama fokus ke arah itu selain daripada penumpuan kepada usaha untuk emmantapkan parti. Bukankah itu perkara seiring yang mana fokus kepada kekuatan parti dan pada msa yang sama tumpuan kepada PRU-14. Itulah ramuan terbaik sebenarnya,” katanya.