Tunku Laksamana Johor Selamat Dimakamkan

JOHOR BAHARU, 6 Dis — Jenazah Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah pada pukul 3.20 petang.

12347741_10208085513195992_5729173802642130170_nAlmarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010 atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.

Istiadat pemakaman Almarhum diadakan separuh istiadat kemangkatan diraja. Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah akibat kanser hati.

Almarhum merupakan putera keempat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.