Tuduh Pas Diresapi Pemikiran Militan Pamer Betapa Huduhnya Politik Pembangkang

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap melihat mungkin dendam kesumat bekas Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu terhadap kekalahannya sebelum ini menyebabkan lahirnya dakwaan bahawa bekas parti lamanya itu diresapi oleh pemikiran Kumpulan Militan negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

20151208014006-2Sambil menyatakan beliau tidak sedikit pun terkejut dengan berita berkenaan, Anuar Manap menambah itulah budaya lama yang dibawa oleh mereka dan itulah juga memberi gambaran bahawa politik yang dimainkan oleh parti pembangkang.

“Budaya tikam menikam ini dan tikam belakang sesama sendiri di kalangan mereka bukannya benda baru…Sikap pentingkan diri, saling tidak percaya dan mempercayai antara satu dengan yang lain cukup longgar serta tidak ada kesatuan sesama sendiri.

“Sekejap pakatan rakyat, sekejap pakatan harapan, dulu sibuk nak jaga rakyat kononnya sekarang masing-masing pening untuk memikirkan masa depan parti sendiri dan sebab itulah kita tidak pelik dengan dakwaaan sedemikian rupa,” katanya di sini, hari ini.

Dilaporkan Mohamad Sabu mendedahkan di antara punca Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan kerana bekas partinya Pas sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Beliau yang juga presiden kepada Amanah menuntut agar siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya “takfiri” dalam Pas,” kata Mohamad seperti dipetik dalam wawancara bersama portal online.

Mengulas lebih lanjut, Anuar seterusnya menambah budaya berkenaan dikalangan pembangkang bukanlah satu perkara pelik dan bukan juga satu perkara baru kerana kecenderungan masing-masing adalah menjayakan agenda mereka sahaja.

Apa yang menghairankan katanya lagi kenapakah dakwaaan berkenaan timbul hari ini selepas kekalahan Presiden Amanah itu di dalam pemilihan Pas yang lalu.

“Rakyat boleh tengok dan boleh lihat bagaimana buruknya perangai kalangan parti pembangkang itu. Amanah dengan Pas…Pas dengan Dap…macam-macam dakwaaan dan saling tuding menuding antara satu dengan yang lain.

“Bercakap saol dmeokrasi..bercakap soal kesatuan dan bercakap macam-macam lagi merekalah kononnya hebat tetapi apa yang berlaku mutakhir ini menyerlahkan betapa buruknya gaya permainan politik mereka.

“Yerlah…sesama sendiri pun boleh tuding jari dan boleh kata macam-macam. Bagaimana nak jaga rakyat dan negara. Sama-sama kita renungkan yang terbaik demi kebertanggungjawaban terhadap rakyat,” katanya.