Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Mangkat Pada Usia 25 Tahun

JOHOR BAHARU, 5 Dis  — Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam ini di Hospital Sultanah Aminah di sini akibat kanser.

20151205170552Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik putera Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang mengumumkan mengenai berita kemangkatan itu berkata jenazah Almarhum akan diiring ke Istana Besar malam ini dan ditempatkan di Bilik Khas Istana Besar.

“Istiadat siram jenazah dan kafan akan dilakukan kira-kira 7 pagi esok dan seterusnya jenazah Almarhum akan disemayam di Bilik Singgahsana Istana Besar,” kata beliau dalam sidang akhbar di Bukit Timbalan di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi esok di Bilik Singgahsana, Istana Besar. Jenazah Almarhum akan disemadikan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini selepas waktu Zohor esok.

 

Profile Tunku Laksamana
———————————-

Nama: Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail

Gelaran: Tunku Laksamana Johor

Tarikh Diputerakan: 5 Julai 1990

Fakta Tunku Laksamana
——————————-
-Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

-Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom

-Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.

-Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.

– Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini

– Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beranah mesra dan bertanya khabar

-disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.

Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail (dilahirkan pada 5 Julai 1990 (25 tahun)) merupakan Tunku Laksamana Johor dan juga anakanda ke-4 kepada Sultan Johor terkini.

Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.