Perhimpunan Agung UMNO 2015 : Perkukuh Perpaduan Demi Kelangsungan Parti

SEGAMAT, 03 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, YB Norshida Ibrahim berpandangan bahawa Perpaduan dalam UMNO perlu diperkukuh dan diperkuatkan demi menjamin kelangsungan parti dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.

Menurut beliau gabungan permuafakatan antara pemimpin di semua peringkat adalah ramuan yang amat Shidabermakna dan itulah yang perlu diberi penekanan oleh setiap ahli parti baik peringkat pemimpin mahu pun ahki di akar umbi.

“Pemimpin di setiap peringkat perlu mendengar suara akar umbi ahli parti. Pemimpin parti perlu melihat semula asas perjuangan mereka untuk ahli parti dan rakyat.

“Hal ini kerana asas yang kukuh dapat menjamin kesinambungan yang berterusan dan ini akan memantapkan lagi usaha kita untuk menjadikan bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang tersohor di dunia.

“Apabila kita mendapat pemimpin yang baik, kita juga memerlukan pengikut yang baik agar mereka semua dapat menjadi ejen-ejen perubahan untuk memajukan lagi bangsa Melayu,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung minggu depan.

Tambah beliau lagi, keihklasan dalam memperjuangkan parti adalah satu hakikat dan perkara yang tidak boleh dinafikan sama sekali kerana itulah prinsip yang perlu didokong oleh smeua pihak.

“Ahli-ahli UMNO di semua peringkat perlu ikhlas berjuang demi bangsa, agama dan negara. Setiap pemimpin dan pengikut parti UMNO perlu mempunyai sifat keikhlasan, kebijaksanaan dan kesetiaan.

“Adalah diharapkan gagasan yang dibentuk oleh UMNO sejak 69 tahun lalu dapat dipelihara hingga kini kerana ahli parti terdahulu menyedari perjuangan yang mereka pikul itu merupakan satu amanah,“ katanya.