PAU Perlu Jadi Medan Merungkai Permasalahan Agar UMNO Terus Relevan – Sahrihan

JOHOR BAHRU, 01 Dis – Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Sahrihan Jani melahirkan harapan agar Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 8 Disember ini bakal menjadi medan merungkai isu pokok berhubung konflik kepimpinan tertinggi dalaman UMNO.

Jelasnya, sesebuah organisasi yang besar seperti UMNO perlu mempunyai barisan kepimpinan yang kuat dan bersatu bagi memberi keyakinan terhadap semua ahli UMNO khususnya di akar umbi bahawa parti keramat ini adalah sebuah parti yang relevan untuk masa hadapan.

“Dalam keadaan perpecahan yang brlaku dalam pakatan pembangkang maka sewajarnya kesempatan ini di ambil oleh UMNO untuk terus mengukuhkn kedudukan dan bergerak ke arah mencapai kemenangn dalam Pilihn Raya Umum (PRU) ke-14 nanti…

20151130171614“Betul.. kita sebuah parti yang kukuh dan tidak perlu mengambil kesempatan ke atas pihak lain tetapi dunia politik masa kini kian berubah terutamanya untuk memenangi hati golongan muda.

“Segala permasalahan yang ada dan sedang melanda dalaman parti harus segera diperbaiki dan diketepikan kerana kita mempunyai misi yang lebih besar iaitu menang dengan majoriti yang lebih baik pada PRU akan datang,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Justeru itu jelas Shahrizan, perhimpunan kali ini wajar dijadikan medan untuk kepimpinan tertinggi UMNO merungkai isu pokok berkaitan kepimpinan dengan berpaksikan kepada kejujuran dan kesetiaan demi kelangsungan perjuangan sebuah bangsa.

Kegagalan merungkai isu pokok ini akan menambah rasa jelak rakyat dn akhirnya UMNO akan dihukum pada PRU 14 nanti dan inilah yang perlu kita elakkan demi memastikan UMNO terus utuh.

Shahrizan turut menekankan bahawa orang muda sentiasa melihat kerajaan yg ditunjangi oleh UMNO ini adalah sebuah kerajaan yang berusia dan perlu memaksimakan kehebatan dan ketangkasan dengan membuka ruang lebih kepada orang termasuklah memberi peluang kepada golongan muda dan untuk memegang jawatan dalam GLC kerajaan pusat dan negeri juga perlantikan jawatan-jawatan yang difikirkan sesuai.

“Pemimpin muda dalam UMNO sentiasa diharapkn untuk menjadi ‘magnet’ bagi menarik sokongan pengundi muda…dan keseluruhan pemimpin muda dalam UMNO sangat brsedia untuk dijadikan magnet tersebut…

“Tidak dinafikan banyak dasar-dasar kerajaan terutama dalam Bajet 2016 baik bajet kerajaan pusat mahupun negeri di lihat mesra orang muda tetapi umumnya orang muda masih mahukan pemimpin di kalangan mereka di iktiraf dan diberi peranan yg lebih besar…

“Oleh itu,soal peremajaan parti perlu dipandang lebih serius untuk memberi impak yang lebih baik kepada golongan muda dan akhirnya akan turut memberi kesan ketika PRU-14 kelak,” katanya lagi.

Akhirnya Shahrizan berharap halal tuju perhimpunan ini kelak akan turut menyorot sejarah keagungan bangsa Melayu terdahulu bagi mencipta ledakan rasa untuk terus mempertahankan dan menggemilangkan perjuangan yang suci ini.