Jadilah Perwakilan Yang Matang Agar UMNO Terus Gah – Adam Sumiru

JOHOR BAHRU, 01 Dis – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, YB Datuk Adam Sumiru berkata, Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 8 Disember ini tidak membawa makna sekiranya setiap perwakilan yang hadir gagal untuk menghayati, memahami seterusnya membawa setiap amanat pulang untuk disampaikan ke akar umbi.

20151130154857Jelasnya, setiap ahli yang menjadi perwakilan haruslah menjadi perwakilan yang matang dan memainkan peranan agar parti keramat UMNO terus relevan dan dekat di hati rakyat.

“Saya tahu ramai yang mahu menjadi perwakilan dan hadir pada perhimpunan Agung UMNO. Tapi motif kehadiran mereka ini harus diperbetulkan. Bukan sekadar datang untuk meramaikan tetapi adalah untuk membawa mandat pulang ke akar umbi.

“Semua perwakilan harus berada di dalam dewan dan mendengar setiap usul. Kita kena ingat, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah tidak lama lagi. Jika kita kalah, kita tidak akan dapat berhimpun dengan bangga lagi,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Adam, beliau juga berharap agar setiap perwakilan yang hadir menjadi seorang yang amanah dan jangan menyebarkan perkara tidak sepatutnya yang akhirnya akan membawa impak buruk kepada parti.

“Kita kena ingat, perhimpunan ini ibarat perjumpaan dan perbincangan keluarga. Pasti ada yang beremosi… tetapi itu semua adalah untuk kebaikan keluarga kita. Jadi hal keluarga jangan dihebahkan.

“Biar ia tersimpan kemas dalam perbincangan ini. Maklumlah, sekarang ini zaman media sosial. Cepat je sesuatu perkara yang buruk itu akan menjadi viral.

“Kita harus menjadi keluarga ini dengan baik kerana keluarga ini adalah masa hadapan anak bangsa kita,” katanya lagi.

Perhimpunan Agung UMNO 2015 ini bakal berlangsung pada 8 sehingga 12 Disember ini. Perhimpunan kali ini bakal menyaksikan beberapa perubahan bagi menambahbaikan dan sudah pasti ia adalah bertujuan merapatkan ukuwah sesame ahli di dalam menuju gerak kerja PRU-14.