Kerajaan Negeri Tawar Inovasi, Bantu Ringan Beban Rakyat- Khaled

Pasir Gudang, 27 Nov – Kerajaan negeri komited untuk membantu rakyat melawan peningkatan kos sara hidup dengan penyediaan pelbagai program dan inisiatif pro-rakyat yang lebih mapan, bersifat inovatif, dan memberi kesan jangka panjang.

12311219_10153479595433173_2452144595419813721_nMenteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin meyakinkan rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan duduk diam mahupun sekadar membentangkan rancangan atas kertas sahaja tetapi akan lebih proaktif memikirkan cara terbaik membantu rakyat.

“Masaalah peningkatan kos sara hidup ini adalah masaalah yang dihadapi oleh semua lapisan masyarakat dan kerajaan negeri akan memastikan setiap pemasaalahan yang dihadapi rakyat ada jalan keluarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Festival Trak Johor 2015 di Stadium Tertutup Pasir Gudang yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor dan Unite Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor, hari ini.

“Ini merupakan festival yang inovatif dan kreatif yang pertama kali diadakan dalam usaha kita memastikan rakyat dibantu dalam menangani peningkatan kos sara hidup”, tambahnya.

Ia menggabungkan model perniagaan pasaraya secara ‘one-off’, jualan terus dari kilang dan pasar minggu yang mengurangkan kehadiran orang tengah sekaligus menawarkan harga yang lebih murah.

Sebanyak 50 syarikat swasta dan agensi kerajaan telah menyertai festival yang berlansung selama 3 hari ini yang menawarkan barangan dengan potongan harga sehingga 40 peratus serta perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Festival Trak 2015 ini akan berlansung selama 3 hari dari 27 hingga 29 November ini di kawasan parkir stadium tertutup Pasir Gudang.