DAP Tidak Boleh Terima Sebarang Penolakan, Amal Sikap Kuku Besi – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kononnya lima wakil rakyat PKR ‘bersama UMNO’ adalah kerana Dap tidak boleh menerima sebarang bentuk penolakan terhadap parti mereka.

20151127002825Tambahnya, andai ada rakan sekutu mereka yang tidak bersependapat dengan Dap maka individu tersebut akan dituduh ingin menyokong UMNO dan inilah yang terjadi kepada lima wakil rakyat Pkr apabila mereka mengambil sikap berkecuali terhadap usul kontroversi yang dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN – Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang dalam sidang Dun negeri itu.

“Dap sebenarnya fobia dengan nama UMNO. Mereka sentiasa beranggapan bahawa rakyat tidak suka UMNO oleh itu apa sahaja yang tidak baik mesti dikaitkan dengan UMNO.

“Jadi bila ada rakan sekutu mereka yang tidak bersependapat dengan Dap maka orang itu berpihak kepada UMNO. Dap lupa bahawa dia tidak boleh mengawal semua orang. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

“Tidak semua rakan mereka sokong apa yang diperkatakan Dap. Tetapi Dap yang couvenis dan mengamalkan pemerintahan kuku besi mahu semua orang dengar kata dia. Kalau tak dengar maka dituduh sokong UMNO… UMNO tidak ada kaitanpun sebenarnya,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Ahmad Maslan juga menegaskan hanya penyokong Dap yang bencikan UMNO dan ini tidak membawa erti semua pihak benci UMNO.

UMNO masih relevan dan diterima rakyat. Kerana itulah Barisan Nasional yang bertunjangkan UMNO menjadi kerajaan sejak dulu sehingga kini.

“Pendapat Dapa bahawa semua pihak bencikan UMNO adalah salah. Jika mereka terus beranggapan sedemikian itu bermakna mereka berada di landasan yang salah.

“UMNO akan terus mengukuhkan parti dan UMNO juga akan terus menjadi pilihan dan tonggak kepada parti BN.

“Jika mereka hendak bergaduh sesama sendiri jangan kaitkan UMNO,” tegasnya.

Dek akibat terpukul dengan sikap berkecuali lima wakil rakyat Pkr itu, Guan Eng menuduh mereka bersama UMNO dan mahu menentang kerajaan Dap di Pulau Pinang

Ini jelas menunjukkan kepimpinan Dap yang sangat angkuh dan tidak dapat menerima sebarang komen.