Minta Campur Tangan Asing, Pembangkang Ibarat Pengkhianat Negara

PENGERANG, 26 Nov – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Syed Sis A Rahman berkata, pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat kuasa tanpa mengira kesan daripada perbuatan mereka itu.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan pemberontak Filipina Jacel H.Kiram dan tindakan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah yang menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama untuk campur tangan dalam urusan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

20151127165543Jelasnya, tindakan tersebut adalah sangat tidak rasional dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada Negara malah memalukan nama Malaysia.

“Apa tujuan mereka sebenarnya? Adakah kerana ingin berkuasa mereka sanggup menghalalkan segala cara? Mereka harus ingat, suara mereka bukan suara seluruh rakyat Negara ini. Rakyat Negara ini juga mempunyai hak untuk mendesak mereka berhenti memalukan Malaysia.

“Tindakan Izzah berjumpa Jacel pula ibarat penghianat. Tidakkah dia sedar ramai yang terluka dengan perbuatannya itu.

“Rakyat Negara ini khususnya rakyat Sabah dan keluarga mangsa masih berduka dan tidak boleh menerima yang telah berlaku di Lahad Datu pada 2013. Peristiwa berdarah itu amat memilukan,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Kini jelasnya, persoalan demi persoalan mula timbul.. apakah topik perbualan mereka dan adakah sebarang janji telah dibuat kepada pengganas Filipina itu.

baru-baru ini kecoh apabila Jacel memuat naik empat gambar bertarikh 9 November dalam akaun facebook beliau yang memaparkan pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Nurul Izzah sendiri telah mengakui mengadakan pertemuan itu apabila berada di Filipina bersama Anggota Parlimen Batu Tian Chua sebagai sebahagian daripada rombongan PKR untuk bertemu dengan pelbagai pihak berkepentingan negara itu.

Beliau berkata pertemuan itu dianjurkan Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Asia bagi Demokrasi, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

Syed Sis turut menggesa agar pihak bertanggungjawab segera mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah.