Pembangkang Boleh Terus Bermimpi Di Siang Hari Untuk Tawan Johor – Samsol Bari

AYER ITAM, 25 Nov – Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, Lim Kit Siang boleh terus bermimpi di siang hari untuk menjadikan negeri Johor sebagai benteng pertahanan pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang demi merealisasikan impian menuju ke Putrajaya.

22903921929_9a8997bef8_bJelasnya, kenyataan Kit Siang itu hanyalah satu perang saraf kepada pengikut mereka yang semakin layu terkulai.

“Dia boleh kata apa sahaja namun jangan fikir pihak kerajaan hanya akan berpeluk tubuh…kita tahu apa yang kita buat. Malahan kerajaan negeri juga begitu komited fokus merancang,menyedia dan menyampaikan kemudahan secara inklusif di merata ceruk di Johor.

“Bajet 2016 negeri Johor pula adalah bukti komitmen kerajaan negeri dan ia dapat sambutan yang hebat dari rakyat. Usaha kita adalah untuk pastikan pelaksanaan di jalankan dan rakyat dapat menikmatinya melalui 119 titik sentuhan yang dibentangkan.

“Pembangkang juga jangan lupa, Johor adalah kubu kuat UMNO… Ini tempat kita… takkan kita mahu membiarkan mereka rosakkan ‘rumah’ kita,” ujarnya mengulas kenyataan Kit Siang semasa merasmikan parti Amanah Negara (Amanah) di Gelang Patah baru-baru ini.Samsol Bari -DUN

Tambah Samsol lagi, Kit Siang sebenarnya sedar penyokong mereka sudah ramai yang berpaling arah. Oleh kerana itu pembangkang kita sangat terdesak untuk mempengaruhi rakyat memandangkan PRU-14 sudah semakin hampir.

Tidak dapat dinafikan, Johor seakan menjadi penanda aras untuk pembangkang mengukur sokongan rakyat terhadap mereka.

Sekiranya mereka berjaya menawan Johor ia ibarat mereka berjaya menjadi pemerintah Negara seterusnya menawan Putrajaya. Dek kerana itulah pembangkang mengerah keringat untuk memastikan Johor menjadi milik mereka.

Tegas Samsol, rakyat Johor harus menilai siap pembangkang yang hanya inginkan kuasa dan bukannya mahu membela nasib rakyat.

Ia jelas dapat dilihat di beberapa kerusi Parlimen yang dikuasai pembangkang contohnya Parlimen Gelang Patah milik Kit Siang sendiri.

“Rakyat di Gelang Patah kini bersungut kerana Kit Siang seakan ghaib selepas menang. Nasib rakyat tidak diperjuangkan. Jadi adakah kita mahu menjadikan mereka yang bersikap sebegini sebagai pembela nasib rakyat?

“Maka pada PRU-14 kelak, marilah kita beramai-ramai memastikan Johor akan terus milik UMNO demi masa hadapan anak cucu kita,” ujarnya lagi.