Mesyuarat MT UMNO Di Parlimen Bukan Sesuatu Yang Luar Biasa – Najib

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan di Parlimen hari ini menolak pelbagai spekulasi berkaitan parti dan kepimpinannya apabila Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan lokasi ia dilaksanakan di parlimen kerana bimbang sekiranya berlaku pengundian belah bagi.
Oleh kerana itu jelas beliau mesyuarat terpaksa dilakukan di dalam kawasan parlimen agar semua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dapat hadir sekiranya berlaku pengundian.

Najib-Tun-Razak1“Bukanlah sesuatu yang luar biasa (mesyuarat di kawasan parlimen) dan parti pembangkang juga mengadakan pertemuan dan mesyuarat mereka di pejabat-pejabat di kawasan parlimen. Jadi jika ada pengundian belah bagi ia memudahkan kita untuk memastikan kehadiran semua ahli parlimen BN,” ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi.

Beliau turut menyatakan, antara keputusan yang dibuat hari ini adalah berkaitan soal kepentingan perjalanan parti dalam semua aspek.

“Antaranya mesti melihat parti ini adalah sebuah parti yang kukuh dan terus mendapat kepercayaan serta keyakinan rakyat di semua golongan. Rakyat harus yakin bahawa UMNO adalah sebuah parti yang berdiri pada soal keadilan, prinsip dan amalan yang baik dalam parti dan mengambil kira segala-gala kebaikan yang perlu dilakukan”, katanya.

Oleh yang demikian beliau berkat Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan bahawa Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman dipecat daripada jawatan dan keahlian di atas pelanggaran disiplin parti.

Berkaitan Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 8 Disember ini pula beliau memaklumkan UMNO akan memastikan perhimpunan ini berlangsung dalam suasana baik.

Selain itu,beliau turut berkata demi menghormati kehendak pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri maka persidangan ketiga-tiga sayap tersebut akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.

“…sebab ini diputuskan atas cadangan sayap masing-masing. Majlis tertinggi menghormati kehendak mereka ini,” ujarnya