Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(): Failed opening '1' for inclusion (include_path='.:/opt/alt/php56/usr/share/pear:/opt/alt/php56/usr/share/php') in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63
Perumahan Komuniti – 280 Unit Dibina Di Larkin, Siap 2017 – UMNO JOHOR

Perumahan Komuniti – 280 Unit Dibina Di Larkin, Siap 2017

JOHOR BAHRU 22 Nov. – Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ), akan membangunkan Perumahan Komuniti di Taman Aman, Larkin, di sini melibatkan sebanyak 280 unit rumah pangsa kos sederhana rendah lima tingkat yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2017.

imageKetua Pegawai Eksekutif KPRJ, Abd. Razak Mohd. Yusoff berkata, projek pembangunan bercampur yang dilaksanakan dengan kerjasama Cemerlang Land Sdn. Bhd., itu terletak di kawasan seluas 2.8 hektar.

Beliau berkata, projek perumahan berkenaan merangkumi dua blok, iaitu 165 unit rumah pangsa kos sederhana rendah yang akan dijual dengan harga RM50,000, manakala satu blok lagi melibatkan pembinaan 115 unit kediaman yang lebih luas pada harga RM80,000 seunit bagi yang memberi pilihan kepada pembeli.

“Kami berharap projek Perumahan Komuniti ini akan dapat di­siapkan mengikut jadual, iaitu pada pertengahan tahun 2017,” katanya dalam majlis pecah tanah projek berkenaan yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, pembangunan tersebut meliputi kawasan keseluruhan seluas 25.18 hektar dengan 13.7 hektar merupakan ta­nah rizab Melayu, manakala ba­ki­nya adalah tanah pegangan bebas.

Menurutnya, tapak projek ber­kenaan merupakan penempatan setinggan yang merangkumi empat kampung, iaitu Kampung Aman, Kampung Sri Kenangan, Kampung Rajawali dan Kampung Sri Paya.

Beliau berkata, pembangunan keseluruhan di kawasan tersebut merangkumi pembinaan 1,836 unit kediaman pelbagai kategori yang disokong oleh unit perdagangan dan terbahagi kepada beberapa fasa pembangunan.

“Sebanyak 248 unit rumah pangsa kos rendah berharga RM25,000 sudah siap dibina pada 2013 dan telah didiami penduduk,” katanya.- Utusan