Pembangkang Guna Taktik Bentuk Soalan Berbaur Tuduhan Demi Rosakkan Kepercayaan Rakyat kepada Kerajaan

Sekijang, 23 Nov – Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap berkata, memang sudah menjadi sikap pembangkang akan menggunakan apa sahaja cara untuk menimbulkan kebencian di hati rakyat demi merosakkan reputasi kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

20151122214154Jelasnya, sejak kebelakangan ini pembangkang dilihat taktik melemparkan soalan berbaur tuduhan demi semata-mata ingin menimbulkan rasa tanda tanya di hati rakyat. Walaupun apa yang dilemparkan itu sekadar fitnah tetapi apa yang penting di bagi mereka adalah wujudnya rasa keraguan di hati rakyat.

“Perkara ini juga jelas dapat dilihat terutama semasa sesi siaran langusng di televisyen. Mereka seakan sengaja merancang soalan-soalan berbaur tuduhan ini untuk mengelirukan rakyat.

“Selagi ada peluang dan ruang mereka akan pastikan apa cara sekalipun untuk memastikan matlamat dan tujuan mereka tercapai. Lagipun menggunakan kaedah soalan ini biasanya bertujuan memerangkap menteri semasa menjawab.

“Tidak terkecuali semasa perbahasan dalam parlimen. Mereka akan menggunakan taktik mencelah yg untuk membuat provokasi. Namun buat masa ini kebanyakan taktik mereka berjaya dihidu oleh kita.

“Di pihak kerajaan, para menteri di lihat dapat menangkis segala tuduhan dan sangkaan jahat tersebut dengan baik,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Oleh itu, beliau amat berharap agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan taktik kotor pembangkang ini. Mereka hanya mahu memperalatkan rakyat demi kepentingan politik peribadi mereka.

Tambahan pula, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hampir maka apa sahaja akan mereka lakukan demi menambah bilangan undi sekaligus menjatuhkan kerajaan sedia ada.