#BajetJohor2016 : Zon Antarabangsa KPSJ Selamatkan Rakyat Tempatan

NUSAJAYA, 20 Nov: Kepentingan masyarakat tempatan untuk terus tinggal di kawasan bandar diambil kira dalam Bajet Johor 2016 dengan pengisytiharan penubuhan Zon Antarabangsa bagi Koridor Pembangunan Selat Johor (KPSJ).

20151121183754Adun Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat berkata penerimaan kerajaan negeri mengenai cadangan beliau untuk mewujudkan zon ini adalah bertepatan supaya masyarakat tempatan tidak menjual hartanah kepunyaan mereka dan pulang ke kampung atas desakan pembangunan negeri.

“Dengan adanya zon ini, orang asing cuma boleh melabur atau membeli hartanah di kawasan yang tertentu sahaja” katanya selepas pembentangan Bajet Johor 2016 di Bangunan Sultan Iskandar hari ini.

Jelasnya, tujuan utama Zon Antarabangsa ini dapat memastikan rakyat tempatan tidak terjejas dengan spekulasi harga hartanah masa kini.