Bajet Johor 2016 Jawapan Kepada Keluh Kesah Rakyat – Norshida

JOHOR BAHRU, 19 Nov – Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Buloh Kasap, YB Norshida Ibrahim melihat Bajet Johor 2016 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini sebagai menyeluruh serta memahami denyut nadi rakyat.

20151119010700Menurut beliau menerusi bajet berkenaan, mana-mana peringkat mahu pun mana-mana golongan tidak terkecuali kerana apa yang jelas bajet berkenaan memberi penumpuan kepada suara hati rakyat.

“Bajet ini boleh saya katakan sebagai jawapan kepada keluh kesah rakyat. Golongan belia contohnya diberikan pelbagai peluang semeprti menerusi aspek keusahawanan, pembangunan mahu pun soal pendidikan.

“Semoga rakyat Johor dapat memanfaatkan segala yang diperuntukkan menerusi bajet berkenaan dan inilah masanya untuk kita sama-sama membantu menjayakan apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan peruntukan belanjawan pembangunan lebih setengah bilion dalam Bajet 2016 yang bertemakan Inklusif, Lestari dan Sejahtera untuk Johor.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peruntukan RM541.10 juta itu merupakan yang tertinggi pernah disediakan dalam sejarah pentadbirannya berbanding hanya RM366.20 juta yang disediakan pada tahun lalu.

Menurut beliau, berdasarkan peruntukan itu, kerajaan berkemampuan menyediakan RM155 juta untuk projek dan program pembangunan fizikal, sosial selain projek berkepentingan awam lain.

Baki selebihnya pula diagih kepada projek dan program ekonomi (RM213 juta), pembangunan infrastruktur dan kemudahan pentabdiran (RM95.1 juta), pembangunan agama Islam (RM45 juta) dan pengairan dan saliran (RM33 juta).

Bagi memastikan Bajet 2016 seimbang, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM904.11 juta untuk perbelanjaan tanggungan dan bekalan jabatan-jabatan kerajaan, dan RM520 juta lagi dikhususkan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Noorshida seterusnya menambah Menteri Besar, Datuk Seri Khaled Nordin benar-benar memahami denhut nadi rakyat secara mendalam dan segala perancangan yang disusun menerusi bajet tersebut diharap berjalan lancar.

“Enam teras yang terkandung di dalam bajet ini sudah tentu akan menjadi keutamaan perancangan pembangunan inklusif kerajaan negeri. Inilah yang kita ingin tekankan kepada rakyat Johor dan inilah yang akan sama-sama kita laksanakan demi kepentingan bersama,” katanya.