#Bajet Johor2016 Diharap Tumpu Aspek Pembangunan Belia- Sahrihan

LEDANG, 18 Nov – Belia dan anak muda merupakan aset negara yang bakal mencorakkan masa depan khususnya di negeri Johor, sehubungan dengan itu diharapkan agar kepimpinan negeri khususnya YAB Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin,  dapat menumpukan kepada aspek pembangunan belia dalam pembentangan Bajet Negeri Johor 2016, Khamis ini.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Sahrihan Mat Jani berkata, diharap ada pertimbangan wujudkan peruntukan untuk membiayai program-program yang membolehkan belia dan anak muda Johor melibatkan diri dalam kepelbagaian aktiviti yang mencakupi keseluruhan aspek seperti sukan dan rekreasi, kebudayaan, kepimpinan dan sebagainya.

20151118074913Dalam masa yang sama, pembangunan prasarana dan kemudahan sukan perlu terus diperbanyakkan demi memenuhi aspirasi anak muda untuk berekreasi dan beresperimentasi,” ujarnya mengulas harapannya untuk generasi muda dalam  pembentangan Bajet Negeri Johor 2016.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang,  menyarankan agar kerajaan negeri dapat  menambah peruntukan untuk bantuan dana usahawan melalui Perbadanan Islam Johor bagi membolehkan lebih ramai usahawan Melayu mendapat manfaat darinya, selain mempertimbangkan untuk membina lebih banyak hub usahawan bagi menggalakkan anak muda melibatkan diri dalam bidang keusahawann.

“Bagi membantu golongan muda memiliki rumah sendiri, saya berharap kerajaan negeri dapat menambah pembinaan rumah mampu milik Johor dan memberi insentif tertentu.

Kerajaan negeri juga diminta untuk mengambil kira keperluan golongan profesional muda Melayu khususnya dan menyediakan insentif tertentu untuk mereka bagi memastikan mereka mampu untuk terus bersaing dalam dunia globalisasi hari ini dan bagi memastikan mereka bersama – sama kita.

“Saya juga berharap agar tumpuan juga harus diberikan  kepada pembangunan pendidikan dan kemahiran yang merupakan teras kepada pembangunan modal insan. Anak muda harus diberi peluang dan galakkan untuk terus meningkatkan tahap pendidikan dan kemahiran. Selain dari pembinaan prasarana yang perlu diperhebatkan. Saya berpandangan skim galakan dan insentif perlu diperuntukkan bagi menarik minat anak muda untuk terus mempertingkatkan ilmu dan keupayaan diri,” tambahnya.

Golongan muda haruslah disantuni dan diberi peluang mempertingkatkan ilmu dan keupayaan diri bagi memastikan mereka bersama-sama kita dan seterusnya memberi sokongan kepada UMNO.