Rancangan Pembangkang Undi Tolak #Bajet2016 Sekadar Propaganda

LABIS, 16 Nov – Rancangan pembangkang untuk mengundi menolak bajet hanyalah semata-mata sekadar provokasi dan propaganda bagi menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah hilang sokongan majoriti di Dewan.

tok aiAhli Dewan Undangan negeri (ADUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim percaya segala rancangan mereka itu bukan sahaja tidak akan berjaya malah akan memperlihatkan bahaa pembangkang hanya sekadar berkokok untuk memburukkan kerajaan demi kepentingan mereka.

Menurut beliau mereka sehingga kini hanya sekadar melihat Bajet 2016 seolah-olah dengan sebelah mata dan bukannya menetiliti serta memperhalusi dengan menadlam intipati serta perancangan yang terkadnung di dalam bajet berkenaan untuk kepentingan rakyat.

“Saya percaya dan penuh yakin usaha mereka itu adalah sekadar propaganda dan bukannya benar-benar serius kerana mereka sedar dan tahu kedudukan wakil rakyat di parlimen.

“Apa yang mereka war-warkan dalam rancangan untuk mengundi menolak #Bajet2016 nanti tidak lebih sekadar untuk menimbulkan rasa resah dan gelisah rakyat terhadap kerajaan . Pelbagai cerita akan dimanipulasi bagi menunjukkan seolah-olah perkara berkenaan akan berlaku,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Hari ini dilaporkan wakil pembangkang menyifatkan tindakan Parlimen menghadkan jumlah wartawan yang dibenarkan membuat liputan prosiding Dewan Rakyat bertujuan mengurangkan liputan apabila wakil rakyat mengundi menolak Bajet 2016.

Mengulas lebih lanjut Azahar seterusnya menegaskan pembangkang tentunya akan mencari pelbagai helah dan pelbagai strategi dalam usaha menunjukkan kepada masyarakat umum kononnya kerajaan hari ini tidak stabil dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Sedangkan tegas beliau menerusi bajet 2015 baru-baru ini pelbagai penekanan dan pelbagai perancangan telah dimasukkan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Bajetlah kunci kepada apa yang kerajaan ingin laksanakan untuk rakyat dan negara. Sejajar itu tidak pelik pembangkang akan cuba dengan seaya upaya untuk memburuk-burukkan bajet berkenaan dengan pelabagai drama sepertimana di atas,” katanya lagi.-