#BajetJohor2016 Diharap Beri Penekanan Bantu Golongan Miskin Pertingkatkan Ekonomi- Zaiton Ismail

MUAR, 16 November: Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sg Balang , Zaiton Ismail berharap masyarakat miskin luar bandar diberi keutamaan dalam #BajetJohor2016 dengan menyediakan bantuan yang bersesuaian bagi mereka mempertingkatkan ekonomi dan membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Ujarnya, antara bantuan yang dicadangkan ialah menyalurkan lebih banyak peruntukan kepada jabatan atau agensi yang secara langsung berurusan dengan golongan tersebut, contohnya Jabatan Veterinar dan Pertanian.20151117171812

“Ketika ini peruntukan jabatan-jabatan tersebut agak terhad dan tidak mampu memenuhi permintaan semasa. Saya mengambil contoh di kawasan saya, projek seperti ayam kampung dan IKS sangat mendapat sambutan malangnya bantuan yang boleh disalurkan agak terhad.

Golongan ini harus diberi perhatian kerana merekalah yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barisan Nasional khususnya UMNO ketika PRU13. Sewajarnya kita menjaga kesejahteraan mereka yang telah memilih parti UMNO sebagai wakil mereka di dalam kerajaan,” ujarnya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar.

Tambahnya, golongan muda juga perlu diberi perhatian dengan membantu mereka mempertingkatkan ekonomi dan ilmu bagi memastikan kerajaan negeri dapat menghasilkan modal insan yang mampu bersaing dalam cabaran dunia masa kini.

Kita hendaklah memastikan mereka dibantu dari segi ekonomi dan  pendidikan kerana mereka bakal pemimpin masa hadapan. Kita kena akur yang mereka adalah penentu kerajaan akan datang makanya wajarlah kita menjaga kebajikan mereka bagi memastikan mereka kekal atau kembali kepada UMNO.

“Saya juga berharap dan memohon agar  kerajaan mempertimbangkan untuk menyediakan tuisyen berbayar terus ke setiap Daerah Mengundi dengan keutamaan matapelajaran  Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Tiga pelajaran ini dilihat perlu diberi keutamaan terutama di kawasan luar bandar seperti kawasan saya Dun Sg Balang.”

Walaubagaimanpun saya yakin dibawah kepimpinan YAB Menteri Besar , Bajet 2016 Negeri Johor sudah semestinya memberi keutamaan kepada  kesejahteraan rakyat negeri Johor dan meneruskan kesinambungan usaha-usaha yang telah dilaksanakan melalui Pelan Suara Hati Johor yang disuarakan oleh rakyat Johor,” ujarnya lagi.