Cabaran Tony Pua Debat 1MDB Makan Diri, Alasan Gantikan Dengan Rafizi Bukan Perkara Pelik

JOHOR BAHRU 12 Nov – Tindakan tarik tali oleh Ahli Parlimen DAP, Petaling Jaya Utara, Tony Pua sehinggalah akhirnya Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dinamakan sebagai pengganti beliau dalam program debat bersama CEO 1MDB, Arul Kanda, bukanlah perkara mengejutkan.

20151111173935Ini kerana langkah berkenaan sebenarnya seolah-olah untuk menutup malu bagi mengelakkan ‘panglima’ Dap itu terlondeh dalam perdebatan yang pada awalnya dibangkitkan oleh Tony Pua.

Mengulas mengenainya Ketua Penerangan Wanita UMNO Johor, Haslinda Salleh tidak menolak kemungkinan berkenaan dan bagi beliau apa yang berlaku hari ini umpama hipokrit yang sebenarnya daripada pimpinan pembangkang.

Menurut beliau mereka boleh memberikan alasan dan seribu satu macam helah namun tentunya masyarakat umum dapat melihat serta menilai dengan apa yang berlaku hari ini setelah Rafizi dinamakan sebagai pengganti kepada Tony Pua.

“Alasan demi alasan siapa pun boleh reka dan boleh cipta dalam usaha menutup malu. Saya percaya mungkin cabaran debat yang di suarakan oleh Pengerusi Publisiti Dap Selangor itu, hanyalah semata-mata sebagai satu provokasi, di mana mungkin mereka tidak menyangka bahawa cabarannya itu akan disambut oleh Arul Kanda.

“Apa pun kita tengok nanti apa pula drama yang akan ditonjolkan dalam masa sehari dua ini. Saya percaya mungkin ada benda-benda baru yang akan diketengahkan kerana seboleh-bolehnya mereka gusar dan bimbang akan terlondeh,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Pengerusi Publisiti Dap Selangor, Tony Pua minggu lalu menawarkan dirinya untuk berdebat secara langsung dengan Arul Kanda bagi membahaskan isul 1MDB, tetapi Arul Kanda kemudiannya berkata beliau hanya akan menerima cabaran itu jika pemimpin DAP itu meletakkan jawatan sebagai ahli PAC.

Walau bagaimanapun, presiden 1MDB itu menarik balik syaratnya dan bersetuju untuk debat secara langsung.

Berikutan itu, Pandikar mengarahkan Pua sama ada berundur dari PAC atau menarik diri daripada siasatan jawatankuasa itu ke atas 1MDB jika mahu berdebat dengan Arul Kanda.

Berikutan itu, Pakatan Harapan hari ini mengumumkan bahawa Rafizi akan menggantikan Pua dalam perbahasan.

Haslinda seterusnya menambah bukan sahaja Tony Pua yang berada di dalam keadaan kelam kabut, malah pakatan pembangkang itu sendiri yang merasai tempiasnya setelah Arul Kanda menyahut cabaran sebelum ini.

“Kita tengoklah apa akan jadi nanti. Namun saya percaya mereka makin gusar setelah tidak mengjangkakan perkara ini. Hasrat untuk menjadikan isu 1MDB sebagai senajata politik yang berterusan nampaknya makan diri,” katanya lagi.