50 Kawasan Catat Bacaan IPU Baik, Hanya Pasir Gudang IPU Sederhana Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR, 1 Nov  — Hampir keseluruhan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merekodkan kualiti udara sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik setakat 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, 50 kawasan mencatatkan tahap IPU baik, manakala hanya satu kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu di Pasir Gudang, Johor dengan bacaan 52.

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Untuk IPU semasa, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my.