Ekspo Agro Johor 2015 Sasar Hasil Jualan RM10 Juta

KLUANG: Bertemakan ‘Agroteknologi Pemangkin Transformasi’, kerajaan negeri mensasarkan pulangan sebanyak RM10 juta menerusi acara dwi tahunan Ekspo Agro Johor 2015 yang akan diadakan di Projek Pertanian Moden Kluang bermula 6 hingga 10 November ini untuk menggalakkan sektor pertanian.11057998_1114596141886514_3790109067116589853_n

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, hasil jualan dijangka meningkat tahun ini selepas berjaya mengutip sebanyak RM7.8 juta pada dua tahun lalu.
Beliau berkata program ini akan disertai lebih 200 gerai bertujuan mempromosikan produk berasaskan pertanian tempatan dan memberi peluang kepada ushawan kecil mengembangkan pasaran.

“Kerajaan negeri mensasarkan kehadiran lebih kurang 10, 000 pengunjung dari dalam dan luar negeri ini bagi memeriahkan ekspo ini nanti” katanya.

Tambahnya, antara aktiviti yang bakal dijalankan dalam ekspo adalah Seminar Usahawantani, pelbagai pertandingan bagi anugerah di dalam sektor pertanian, promosi produk dan demonstrasi, acara memasak, jualan produk pertanian, promosi teknologi baru, maklumat penyelidikan pertanian, cabutan bertuah dan banyak lagi.