Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(): Failed opening '1' for inclusion (include_path='.:/opt/alt/php56/usr/share/pear:/opt/alt/php56/usr/share/php') in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63
Rangka Laluan Kerjaya – Khaled – UMNO JOHOR

Rangka Laluan Kerjaya – Khaled

JOHOR BAHRU 27 Okt. – Semuan yayasan negeri disaran merangka laluan kerjaya yang lebih jelas bagi penuntutnya yang mengambil jurusan kemahiran supaya mampu menempatkan diri dengan baik dalam pasaran kerjaya selepas tamat pengajian.

imageMenteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jika tiada perancangan yang teratur dan hala tuju jelas, sukar bagi siswazah dalam bidang kemahiran mendapat pekerjaan yang bersesuaian de­ngan kemampuan dan kemahiran mereka.

“Peranan tersebut harus dipikul yayasan-yayasan negeri yang bertanggungjawab mengendalikan program berkaitan pendidikan untuk anak negeri masing-masing.

“Sewajarnya soal laluan kerjaya dalam bidang tersebut menjadi keutamaan yang harus diberi perhatian,” katanya semasa mengha­diri Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) Ke-24, di sini kelmarin.

Yang turut hadir Pengerusi MKKY, Tan Sri Hashim Meon dan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor (YPJ), On Jabbar.

Mesyuarat sehari itu disertai wakil-wakil daripada yayasan negeri di seluruh negara dan melibatkan sesi pembentangan kertas kerja, dialog dan pertukaran idea berkaitan isu pendidikan semasa.

Mohamed Khaled berkata, laluan kerjaya yang jelas bagi individu terlibat dalam bidang kemahiran akan turut membantu memperbaiki persepsi negatif yang muncul wujud dalam segelintir masyarakat, khususnya golongan ibu bapa.

“Kita akui golongan ibu bapa masih cenderung memberi tum­puan terhadap lapangan akademik, biarpun penglibatan dalam bidang kemahiran merupakan keperluan penting untuk membentuk negara maju.

“Pekerjaan yang melibatkan tenaga kerja mahir turut memberi pulangan gaji lumayan kepada mereka yang melibatkan diri,” katanya.