Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(1): failed to open stream: No such file or directory in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63

Warning: include(): Failed opening '1' for inclusion (include_path='.:/opt/alt/php56/usr/share/pear:/opt/alt/php56/usr/share/php') in /home/johortimes/umnojohor.com/wp-config.php on line 63
568 Nelayan ‘Super’ – UMNO JOHOR

568 Nelayan ‘Super’

BATU PAHAT 27 Okt. – Seramai 568 nelayan negeri ini mendaftar menjadi ahli Sukarelawan Perikanan (Super) bagi membantu Jabatan Perikanan membanteras kegiatan haram di laut sejak skuad itu ditubuhkan tahun lalu.

Pengarah Bahagian Pengem­bangan dan Pemindahan Teknologi Jabatan Perikanan, Sufian Sulaiman berkata, kewujudan Super diharap mampu bertindak sebagai serampang dua mata untuk meningkatkan hasil produktiviti ikan dan ke­selamatan perairan.

imageMenurutnya, seramai 106 ahli Super terdiri daripada nelayan yang berdaftar di Batu Pahat, manakala 132 orang di Pontian, Pengerang (68), Johor Bahru (64), Mersing (56), Kluang (46), Muar (45), Segamat (40) dan Tanjung Sedili (11).

“Ahli Super ini mampu membantu jabatan mengatasi masalah pencerobohan zon, penyeludupan serta salah laku nelayan asing menerusi maklumat yang diberikan,” katanya ditemui selepas melancarkan Super peringkat negeri, di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Mohd. Ismail Roslan dan Pengarah Perikanan negeri, Munir Mohd. Nawi.

Dalam perkembangan berkaitan, Sufian memberitahu, pihaknya akan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) bagi anggota Super, iaitu dengan menjadikan ahli Super sebagai penyelamat bertauliah ketika menghadapi bencana alam, khususnya semasa kejadian banjir.

“Beberapa aspek dan persediaan sedang dirangka jabatan bagi memantapkan latihan anggota Super kerana mereka turut memainkan peranan dalam membantu mangsa bencana alam yang melibatkan kawasan perairan.

“Sebenarnya mereka sudah terlibat dalam khidmat bantuan banjir sebelum ini, tetapi kami mahu memantapkan lagi dengan memperhalusi semula SOP yang dirangka, contohnya akan beri latihan menyelamat mangsa lemas serta menyelam di dasar laut,” katanya.

Pihaknya juga sedang memohon lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menggunakan alat komunikasi khusus ketika bencana banjir bagi membantu agensi kerajaan dan anggota penyelamat lain.- Utusan