#Bajet2016: Kebajikan Dan Kepentingan Rakyat Jadi Keutamaan – Radin Kartini

GELANG PATAH, 22 Okt – Persatuan Sekretariat Jiwa Bangsa (Sejiwa) melihat  kos sara hidup, soal pemilikan hartanah, keusahawanan, aspek keselamatan dan jaminan masa hadapan adalah perkara utama yang menjadi tumpuan kerana ianya dekat kepada kehidupan mereka.

najib-640x360Sehubungan dengan itu, pengerusinya, Radin Seri Kartini Abdullah, yakin bahawa harapan rakyat kepada kerajaan ketika pembentangan #Bajet2016 esok di Dewan Rakyat hendaklah mengambil berat dan menyentuh secara langsung kebajikan dan kepentingan rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan dan pertengahan.

“Tanpa mengira umur, ras, tahap pendidikan, profesion dan gender pasti akan tertumpu dan menaruh harapan yang tinggi kepada pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri.

“Di samping itu, peruntukan dana untuk pendidikan bagi mereka yang kurang berkemampuan terutamanya golongan anak yatim juga perlu diberi perhatian, menyedari bahawa ilmu sahaja yang mampu membawa mereka kepada transformasi ke arah kehidupan yang lebih baik.”

“Bagi memperkasakan lagi pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), saya mengharapkan kerajaan menyediakan geran supaya mampu bersama-sama kerajaan di dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan dan begitu juga dengan kerja-kerja kesukarelaan,” tambah beliau lagi.

20151022183758Beliau juga yakin Bajet 2016 akan menjadi bukti bahwa kerajaan akan tetap membuat satu dasar yang pastinya akan menjurus kepada kepentingan dan kebajikan rakyatnya.

“Ini merujuk kepada pelbagai rancangan dan yang telah dilaksanakan seperti program-program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Rancangan Malaysia Kesebelas serta bajet tahun sebelum-sebelum ini.

“Saya juga percaya hasil daripada GST, sudah pasti kerajaan mampu mengembalikan kepada rakyat dengan sebaiknya. Perkara lain yang perlu diambil kira oleh kerajaan dalam bajet kali ini ialah berkaitan keamanan dan  keselamatan negara,”  ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Gelang Patah.

Tambahnya, harapan  dan pertubuhan SEJIWA ini agar Kerajaan dapat memberi peruntukan kepada NGO-NGO untuk bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan masyarakat sebagai ‘mata dan telinga’ bagi memainkan peranan dan tanggungjawab mengekang perlakuan jenayah daripada berleluasa demi keamanan dan kemakmuran negara, seterusnya mampu membawa kepada kestabilan politik negara.