Perletakan Jawatan Dr Boo Sebagai Ketua Pembangkang Bukti DAP Gagal Tangani Krisis

JOHOR BAHRU 20 Okt – Perletakan jawatan serta merta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang DUN terbabit membuktikan krisis dalaman di dalam parti DAP makin kronik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, YB Norshida Ibrahim berkata senario berkenaan sebenarnya memperlihatkan kepada masyarakat umum khususnya rakyat jnegeri Johor bahawa DAP tidak mampu untuk menangani masalah dalaman mereka secara baik dan berkesan sehingga membawa kepada apa yang berlaku itu.20151020065218

Malah menurut beliau lagi kenyataa Dr Boo yang menyatakan perletakan jawatan beliau itu kerana sabotaj daripada pimpinan DAP sendiri yang mahu menjatuhkan beliau menunjukkan parti berkenaan lebih mementingkan agenda parti daripada kepetingan rakyat.

“Justeru apakah kita mahu mengharapkan parti ini untuk membela kepentingan dan kebajikan rakyat. Bukankah sudah jelas mereka sebenarnya lebih memetingkan agenda parti daripada agenda untuk membela kebajikan rakyat.

“Perletakan jawatan itu bukanlah satu perkara yang main-main dan perlu dilihat secara serius oleh rakyat negeri ini. Apatah lagi dnegan dakwaan daripada Dr Boo sendiri dalam isu tersebut sehingga membawa kepada perletakan jawatan asebagai Ketua Pembangkang serta merta.

“Kita bukanlah mahu mencampuri urusan parti mereka tetapi ingin berkongsi kepada rakyat inilah realiti sebenar parti pembangkang,” katanya kepada UMNO-Johor, di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Dr Boo Cheng Hau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuatkuasa serta-merta.

Cheng Hau yang menyandang jawatan itu sejak tahun 2008, berkata beliau membuat keputusan berkenaan kerana terdapat kempen dalam kalangan kepemimpinan DAP Johor ketika ini untuk memburukkan namanya.

“Bukan sahaja segelintir pemimpin ini memburukkan nama saya, malah mereka juga melemparkan pelbagai fitnah dan sering mengenepikan saya daripada sebarang aktiviti parti di peringkat Johor.

“Kumpulan ini sudah melupakan sumbangan dan bantuan yang diberikan kepada mereka selama ini ketika saya memegang jawatan sebagai Pengerusi DAP Johor selama sembilan tahun dari 2005,” katanya pada sidang media di Pusat Komuniti Kawasan DUN Skudai di sini.

Mengulas lebih lanjut Noorshida seterusnya menambah berbanding dengan Barisan Nasional (BN), insya Allah parti berkenaan sedaya upaya yang mampu dan berusaha keras untuk membela dan menjaga kepentingan rakyat.

“Kita bukan mahu berlagak cumanya insya Allah sudah tentu segala tanggungjawab ditunaikan sebaik mungkin. Kita faham kadangkala timbul masalah tetapi kita selesaikan secara baik kerana apa yang penting adalah agenda untuk rakyat,” katanya.