Pemuda UMNO Johor Anjur Program #JohorMahir 23-24 Okt Ini

JOHOR BAHRU,19 Okt: Sebuah program Johor Mahir akan dianjurkan oleh Pemuda Umno Negeri Johor dengan kerjasama Koloni Muda Johor pada 23 dan 24 Oktober 2015 bertempat di Kilang Bateri, Jalan Tampoi untuk memberi peluang golongan muda di negeri ini memahami kehendak semasa pasaran pekerjaan masa kini.

UnknownKetua Pergerakan UMNO Johor, Hahasrin Hashim berkata terdapat lebih 36 agensi dan insitusi kemahiran mengambil bahagian serta 50 kursus kemahiran ditawarkan kepada orang awam yang ingin menyambung pelajaran.

“Antara institusi dan jabatan yang hadir adalah Johor Skill Hub, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jobs Malaysia dan banyak lagi” katanya.

Majlis itu nanti akan dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan sesi perkongsian kemahiran bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.