Program Komuniti Hijau

12109073_972441769461519_3714533906253620950_n

KLUANG, 17 Okt – ADUN Mahkota, Md Jais Sarday hari ini melancarkan Program Komuniti Hijau yang kedua di Taman Kluang Barat selepas Komuniti Kejiranan Flat Hj Manan. Program ini diharapkan dapat mencapai matlamat untuk mengeratkan sillaturrahim sesama komuniti  serta menambahkan pendapatan komuniti yang terlibat. Kalau semua komuniti di Kluang boleh menjayakan projek ini, suatu ketika nanti Kluang boleh menjadi bandar pengeluar cili terbesar di dunia.