Pembangkang Akan Lakukan Apa Sahaja Demi Rampas Kuasa Daripada BN – Hahasrin

TENGGARA, 16 Okt – Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Hahasrin Hashim berkata, memang telah menjadi objektif pembangkang untuk melakukan apa sahaja tidak kira betul atau salah demi merampas kuasa daripada Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, pembangkang sanggup memburukkan Negara sendiri asalkan hasrat mereka untuk berkusa tercapai walaupun ekonomi dan nama Negara terjejas teruk.

UnknownBeliau berkata demikian mengulas gesaan pembangkang untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang parlimen akan datang.

“Bagi saya kita tidak perlu layan desakan sampah sebegini kerana pembangkang ini ibarat tin kosong yang hanya berbunyi bising. Jika mereka berjaya mendapat undi penuh sudah pasti telah lama mereka mengambil alih tampuk pimpinan Negara.

“Kegagalan mereka mendapat undi penuh menjadi bukti bahawa BN masih menjadi kepercayaan rakyat untuk mentadbir Negara,” ujarnya kepada UMNO-Johor.

Tambah Hahasrin yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara, sikap pembangkang ini ternyata jauh berbeza dengan kerajaan yang sentiasa memikirkan tentang hala tuju Negara dan keperluan rakyat. Kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang keputusan kerana mempunyai sikap tanggungjawab terhadap amanah yang diberi.

“Jika pembangkang ada rasa tanggungjawab, mereka tidak akan menghentam benda baik yang dibuat oleh kerajaan. Tetapi kerana mereka ini tidak bertanggungjawablah maka segala-gala yang dibuat oleh kerajaan walaupun baik akan dibangkang.

“Sedikitpun tiada sokongan yang diberi malah mereka sanggup menjaja cerita ‘dalam kain’ di mata dunia demi menampakkan pentadbiran Negara buruk. Mereka sanggup menggambarkan seakan Malaysia sebuah Negara yang seakan tidak selamat.

“Adakah ini sikap yang baik? Jika beginilah sikap mereka maka adalah amat tepat untuk kita semua menolak pembangkang daripada menjadi tunjang Negara,” katanya lagi.