Hari Sukan Negara: Memasyarakatkan Budaya Bersukan Bagi Lahirkan Rakyat Sihat & Cergas – Hahasrin

KOTA TINGGI, 13 Oktober- Kelab Sukan Dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tenggara (SRCC Tenggara) telah menganjurkan pertandingan bola jaring, sepak takraw dan futsal sempena Hari Sukan Negara yang serentak berlangsung di seluruh Malaysia baru-baru ini.

unnamed-2Pengerusinya, Hahasrin Hashim berkata, bagi sukansepak takraw menerima penyertaan sebanyak 22 team dari kawasan Tenggara manakala futsal menerima penyertaan sebanyak 20 team dan bola jaring hanya menerima penyertaan sebanyak 8 team sahaja, rata-rata penyertaan terdiri dari pasukan dalam daerah Kota Tinggi dan juga Kulai.

“ALhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya kerana melibatkan penyertaan yang banyak dan peserta secara keseluruhnya terdiri dari golongan belia.
“Kita perlu mengamalkan budaya sihat dengan mengamalkan aktivti sukan yang berfaedah dan melalui aktiviti bersukan ini, kita dapat mengeratkan semangat perpaduan yang dapat digarap dengan jayanya,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Nasaruddin Ahmad, Naib Ketua UMNO bahagian Tenggara), Adibah Sapar      (Ketua Puteri Bahagian) dan Tuan Haji Abd Rahman, Bendahari UMNO bahagian.
“Program Hari Sukan Negara ini merupakan program julung kali diadakan di seluruh negara dengan objektif untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat dan cergas selain menjadikan Malaysia sebuah negara sukan.
Kita juga mengharapkan agar aktiviti berbentuk kesukanan dapat dipelbagaikan dimasa akan datang dan perlu diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bhg Tenggara