MH17 ditembak jatuh peluru berpandu BUK

THE HAGUE 13 Okt. – Pasukan penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia yang dilancarkan dari kawasan dikuasai kumpulan pemberontak di timur Ukraine, lapor sebuah akhbar tempatan Belanda, hari ini.

250714mh17Dengan memetik tiga sumber yang rapat dengan siasatan itu, akhbar Volkskrant berkata, siasatan yang diketuai Belanda mendapati, jet berkenaan terkena peluru berpandu permukaan ke udara BUK pada 17 Julai tahun lalu semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. – AFP